Tuesday, 28 June 2011

Ekspedisi Gunung Irau 25 jun 2011

Gunung Irau merupakan salah satu gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 2000 meter di Semenanjung Malaysia. Terletak di utara pekan Brinchang di Cameron Highland, Gunung Irau merupakan salah satu gunung yang popular dikunjungi oleh pendaki pada hujung minggu.
Gunung ini dipenuhi dengan pokok-pokok yang berlumut dan tanah yang berselut. Jika para pendaki ingin mendaki gunung ini, dinasihatkan supaya memakai stokin yang murah kerana kebanyakkannya akan terus buang apabila Berjaya sampai di bawah~..
Trek ke gunung ini agak mencabar minda kerana berbentuk W..
*duk piker bila nak sampai~. Huhu…
-Anak Irau
-Puncak pertama dari starting point dan agak luas dan ada kawasan khemah yang boleh memuatkan 15 - 25 orang.
Puncak G. Irau
3 jam trekking dari starting point. Puncak gunung ini ditanda dengan batu tanda. Tahun 2002 Papan tanda Puncak didirikan. hanya ada tumbuhan renek sekeliling puncak. Keadaan ini membuatkan puncak Irau terdedah pada tiupan angin dingin di Cameron Highland. Sekiranya tidak berkabus, pendaki boleh melihat Banjaran Titiwangsa, Blue Valley, G. Swettenham, G.Berincang dan sekitar Cameron Hingland.

Trek Berakar


Sempadan Negeri Pahang-perak


Keindahan Sepanjang Laluan Ke Puncak Irau


Puncak Gunung Irau



*Selamat mendaki =)

Tuesday, 21 June 2011

Gunung Liang timur&Barat (10-12 jun 2011)

Gunung. Liang Timur 1933 m (6343 kaki) dpl - G. Liang Barat 1933m (6342 kaki) dpl adalah gunung kembar. Kedua-dua puncak gunung ini berdekatan dan berkongsi kaki gunung. Gunung ini terletak di Tg. Malim, Perak. Kedua-dua puncak gunung ini ditanda dengan beirut dan batu tanda. Kedua gunung ini jelas kelihatan melalui Lebuhraya PLUS dari Tg. Malim ke Slim River. Walaupun gunung ini kembar tapi tidaklah seiras, puncak G. Liang Timur dilitupi pokok yang tinggi melepasi ketinggian Beirut manakala G. Liang Barat pula agak lapang dan terdedah.


Halangan pertama. ( Pagar Empangan)



Menyeberang sungai



Laluan pokok-pokok yang tumbang



Trek mencacak 70 darjah.. *Mental..


*semua kepenatan ini terubat apabila kami Berjaya sampai di puncak Gunung Liang Timur&Barat!!..



Tahniah kepada semua peserta… =)

Saturday, 18 June 2011

BEIRUT @ berut

Beirut ni merupakan penanda para pendaki sampai ke puncak bukit@gunung. Sesetengah gunung masih lagi mempunyai Beirut manakala sesetengah lagi mungkin Beirut sudah tiada akibat rosak dan  sebagainya.





Beirut puncak bukit saga –ampang-







Beirut puncak Gunung Liang Barat





Beirut puncak gunung liang timur


Friday, 17 June 2011

GUNUNG


Gunung adalah suatu bentuk permukaan tanah yang letaknya jauh lebih tinggi daripada tanah-tanah di kawasan sekitarnya.Gunung pada umumnya lebih besar berbanding dengan bukit, tetapi bukit di suatu tempat boleh menjadi lebih tinggi berbanding dengan gunung di tempat yang lain. Gunung pada umumnya mempunyai cerun yang curam dan tajam atau boleh juga dikelilingi oleh puncak-puncak atau pegunungan. Terdapat beberapa ketinggian gunung boleh mempunyai dua atau lebih iklim ,jenis tumbuh-tumbuhan, dan kehidupan yang berbeza.