Tuesday, 28 June 2011

Ekspedisi Gunung Irau 25 jun 2011

Gunung Irau merupakan salah satu gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 2000 meter di Semenanjung Malaysia. Terletak di utara pekan Brinchang di Cameron Highland, Gunung Irau merupakan salah satu gunung yang popular dikunjungi oleh pendaki pada hujung minggu.
Gunung ini dipenuhi dengan pokok-pokok yang berlumut dan tanah yang berselut. Jika para pendaki ingin mendaki gunung ini, dinasihatkan supaya memakai stokin yang murah kerana kebanyakkannya akan terus buang apabila Berjaya sampai di bawah~..
Trek ke gunung ini agak mencabar minda kerana berbentuk W..
*duk piker bila nak sampai~. Huhu…
-Anak Irau
-Puncak pertama dari starting point dan agak luas dan ada kawasan khemah yang boleh memuatkan 15 - 25 orang.
Puncak G. Irau
3 jam trekking dari starting point. Puncak gunung ini ditanda dengan batu tanda. Tahun 2002 Papan tanda Puncak didirikan. hanya ada tumbuhan renek sekeliling puncak. Keadaan ini membuatkan puncak Irau terdedah pada tiupan angin dingin di Cameron Highland. Sekiranya tidak berkabus, pendaki boleh melihat Banjaran Titiwangsa, Blue Valley, G. Swettenham, G.Berincang dan sekitar Cameron Hingland.

Trek Berakar


Sempadan Negeri Pahang-perak


Keindahan Sepanjang Laluan Ke Puncak Irau


Puncak Gunung Irau



*Selamat mendaki =)

0 comments:

Post a Comment